Aku pernah buat seisi bertemu peminat secara tidak rasmi, iaitu
‘melencong’ dan jual buku secara terus kepada pembaca siap tanda tangan,aku
pernah buat di Terengganu, Melaka, Johor, KL, Lengkawi, Penang, Shah Alam, Camaron
Higland, dan Negeri Sembilan.
Tempat lain tu bukan aku tak pergi, tapi pergi sambil tak
bawak buku lah tu, atau aku perasan sibuk tak sempat nak jumpa orang.
Kali ni aku akan ke Johor selama 3 hari, dari 31 Oct hingga
3 Nov, lokasi aku adalah sekitar, UTM, Gelang Patah, Legoland, dan Pulau
Spring.
Kepada mereka yang rasa ‘dah tiba masanya’ nak beli buku
terus dari aku, boleh PM atau email no phone, nama korang, dan tajuk buku. Jika
masih ada stok buku kat tangan pada waktu lapang di tarikh berkenaan, maka aku
sendiri akan call korang untuk kita jumpa, Insya-Allah.
Mengambil gambar aku adalah dilarang, so macam mana nak
kenal aku, carilah jejaka gemok, dahi jendol, gigi jongang, banyak parut
jerawat dan perut buncit. Woha!
Johor, Mu tunggu keretamayat datang!
No comments:
Post a Comment