Monday, September 29, 2014

Berniagalah sehingga mampu bayar cukai.

(Jangan berniaga sampai kena denda, ketahuilah, kena cukai bermakna kita untung)

Sekadar gambar hiasan
Tadi baca FB Puah Ainon bab bisnes, di sini aku bagi info sikit yang aku copy paste dari ruangan komen, sila take note.

  1.  Denda RM5k Menanti Bisnesman yang seronok berniaga dan buat duit tapi lupa untuk menyediakan laporan kewangan syarikat untuk dihantar kepada LHDN dan laporan syarikat kepada SSM tiap-tiap tahun.
  2. Syarikat yang yang tidak mempunyai bisnes, wajib menghantar laporan. Jika tidak, semua nama dalam borang pendaftarannya akan didenda RM5k seorang.
  3. Jangan sekali-kali kita 'pinjamkan' nama kita kepada syarikat orang lain. Jikalau orang itu tidak menghantar laporan kepada SSM, kita yang kena denda.
  4. Banyak orang sangka, kalau kita diam-diam sahaja.... SSM tak tahu kita buat bisnes. Jangan main-main! SSM tahu akaun bank kita
  5. Semua bisnes wajib menghantar laporan kewangan syarikat.
  6. Kerajaan mahu mengutip cukai. Kita mahu mengelak daripada didenda dengan macam-macam denda.
  7. Ada laporan yang wajib dihantar kepada LHDN. Ada laporan yang wajib dihantar kepada SSM.
  8. Berhenti bisnes, itu lain cerita. Selagi syarikat tak ditutup, maknanya syarikat itu masih wujud. Jadi laporan wajib dihantar. Undang-undangnya, laporan tahunan wajib dihantar tiap-tiap tahun.
  9. jika seseorang itu ada namanya pada sebuah syarikat sdn bhd yang tidak aktif. Sebaiknya tutup syarikat itu dengan memaklumkan kepada setiausaha syarikat untuk striking off company. Jika tidak,laporan kewangan tetap perlu dihantar dan jika tidak hantar, SSM akan menghantar surat kompaun. Jika tidak membayar kompaun, bersedialah untuk menerima surat dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya mahkamah.
  10. Selain didenda atas nama pengarah syarikat sdn bhd.Seseorang itu juga perlu membayar denda kompaun atas nama syarikat.
  11. Proses menutup syarikat adalah proses yang sukar. Selagi syarikat belum langsaikan semua hutang-hutangnya, syarikat itu belum boleh ditutup.
  12. Denda tetap kena bayar. Jika tidak, pegawai penyiasat SSM akan cari sampai ke lubang cacing beserta surat masuk ke mahkamah yang telah ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya. Jika kompaun atas nama pengarah RM 4800 sahaja, tetapi jika sudah masuk mahkamah. Denda maksimum RM 15 K beserta hukuman penjara.
  13. Jangan main-main.... Ada peniaga online buat bisnes dengan tidak mendaftarkan syarikat. Semua bayaran pembelian, terus masuk akaun peribadi. Ingat, akaun peribadi yang 'lain macam' trend duitnya masuk, akan dibekukan oleh bank. Maknanya, kita tak boleh keluarkan duit itu. Apabila nama kita sudah di-blacklist oleh bank, baru kita tahu padahnya!
  14. Bank ikut arahan Bank Negara. Bank Negara ikut arahan LHDN.
  15. Bukan susah SSM dan LHDN nak cari kita.... Tak payah masuk lubang cacing.... LHDN tulis surat sahaja kepada PayPal (Malaysia) dan MolPay... minta nama-nama klien... ke mana kita mahu lari
  16. Menjalankan bisnes dengan tidak membuka syarikat adalah suatu kesalahan.
  17. Laporan Jangan lewat dari tahun kewangan syarikat kita.
  18. Boleh merayu untuk kurangkan denda.
  19. Ent tidak perlu hantar laporan kewangan di SSM cuma perlu melaporkan cukai di LHDN saja.. Manakala bg sdn bhd perlu melapor kan laporan kewangan di SSM dan LHDN.               
  20.  Salah satu cara LHDN mengetahui kita mempunyai income yang banyak melalui pembelian aset yang perlu di buat duti setem.
  21. When someone dah ade ent. Better defter cukai. Sebeb when berniaga, sure kena lapor pendapatan.kena cukai or xkena cukai.tolak tepi.yanf penting lapor. sebab mostly tunggakan cukai kite disebabkan denda n penalti.nak jadi peniaga mesti ade basic knowlegde tentang tax.
  22. Bile nk lapor income tax.elakkan : dari lewat lapor cukai/Pastikan maklumat betul/Simpan segala dokumen, tuntutan dll/Pastikan segala tuntutan adalah dibenarkan dan memenuhi syarat kelayakan/Pastikan tiada tuntutan palsu.Simpan dokumen at least 7 thn.

Ps: Urut dada Nampak bang, nafas pun dan mengah, untuk keterangan lanjut, sila ke pejabat LHDN dan SSM secepat mungkin agar terbukalah mata hati kita sebenarnya bisnes itu bukan sekadar menjual, namun peniaga sejati tidak mudah berputus asa, buatlah niat menjadi peniaga yang bayar zakat dan cukai RM sejuta paling kurang setiap tahun, Woha!

1 comment:

  1. Assalamualaikum saudara. Nak tanya ade ape2 contact tak kalau nak tau status syarikat kita atau nak merayu denda ssm selain setiausaha syarikat. Dan kalau nak merayu macam mna ye?

    ReplyDelete