Friday, September 26, 2014

Produk yang tidak menyelesaikan masalah

(Di tulis oleh Puan Ainon Mohd.)

Apa itu 'real problem'?

Bagi orang yang mahukan duit banyak, real-problem adalah sumber duit yang bagus.

Real-problem sangat banyak di sekeliling kita. Ertinya, kita sememangnya duduk di tengah-tengah lubuk duit.

Selesaikan real-problem yang ada di sekeliling kita. Duit akan datang sendiri!
.
Dalam pasaran, terdapat banyak produk keluaran syarikat Melayu yang tidak menyelesaikan apa-apa real-problem.
Produk yang tidak menyelesaikan real-problem tidak dapat dipasarkan. Ia akan berlonggok di dalam setor, mengutip habuk.
Jangan buat produk kerana kita pandai membuat produk itu. Ini cari nahas tangan terbakar, namanya.
.
Contoh produk yang tidak menyelesaikan real-problem:

+ Apakah real-problem yang cuba diselesaikan oleh kopi 14-rasa, yang di luar kotaknya ditulis salah satu bahan campurannya adalah susu kuda liar dan dijual RM22 sekotak?

+ Apakah real-problem yang cuba diselesaikan oleh uncang teh serai wangi dengan pemanis stevia pada harga RM18 sekotak?

+ Apakah real-problem yang cuba diselesaikan oleh minuman coklat campuran kurma dari Mesir dan susu kambing dari New Zealand, dan dijual pada harga RM48 sekotak?


Apakah? Real-problem siapakah?

1 comment:

  1. Berdasarkan pengalaman aku...barang2 "As Seen On TV" TIDAK menyelesaikan apa2 real problem.

    Abu Umar

    ReplyDelete