Di tulis oleh Shahabudeen
Apa itu Prinsip Pareto ?
Prinsip Pareto atau dengan kata lain Prinsip 80/20
adalah sebuah prinsip yang pada asalnya diasaskan oleh seorang Ahli Ekonomi
Itali bernama Vilfredo Pareto pada tahun 1906 dan kemudiannya diperkenalkan ke
seluruh dunia oleh Dr. Joseph M. Juran pada hujung 40-an di Amerika Syarikat.
Mengikut prinsip ini, diterangkan bahawa dalam hampir semua
isu di dunia ini, peratustindakan yang sedikit (20%) akan
menyumbang kepada peratusan hasil yang banyak (80%).
Setelah dibuat kajian mendalam dalam pelbagai bidang seperti
sains, pengurusan dan bisnes, akhirnya orang ramai menerima konsep ini dan pada
hari ini konsep ini digunakan untuk menghalusi perkara dalam perniagaan.
Contoh Prinsip Pareto
20% orang memiliki 80% kekayaan di dunia
20% dari ‘defect’ dlm produk, menyumbang 80% kepada semua masalah produk itu.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari masalah syarikat.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari kejayaan syarikat.
20% dari barang jualan anda menyumbang 80% jualan syarikat.
20% dari pembaca blog ini adalah yang memberi komen kepada 80% artikel yang ada.
20% dari ‘defect’ dlm produk, menyumbang 80% kepada semua masalah produk itu.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari masalah syarikat.
20% dari pekerja anda adalah penyumbang 80% dari kejayaan syarikat.
20% dari barang jualan anda menyumbang 80% jualan syarikat.
20% dari pembaca blog ini adalah yang memberi komen kepada 80% artikel yang ada.
Sekarang saya harap saudara semua dah faham apa itu Pareto
Principle. Jadi persoalan seterusnya, bagaimana untuk mengaplikasikan prinsip
ini dalam perniagaan.
Bagaimana Mengaplikasikan Prinsip Pareto Sebagai Usahawan
?
Saya ambil contoh jika kita mempunyai sebuah kedai dengan
100 produk jualan.
Apabila kita menerima prinsip ini, maka kita boleh buat kajian, berapa peratus
dari produk yang ada dalam kedai kita ini menyumbang kepada 80% dari jualan.
Katakan memang betul 20%. Jadi kita boleh fokus hanya kepada 20% itu sahaja.
Kemudian kita ambil lagi 100 produk baru, buat kajian keatas
100 produk baru ini dan ambil 20 produk yang menyumbang kepada 80% jualan.
Kemudian ulang langkah ini sehingga kita memenuhi tempat
jualan kita hanya dengan barangan yang memberi kita jualan yang tinggi. Elakkan
menjual barangan yang tidak memberi jualan. (Anda tak perlu buang barang ini,
cuma tak perlu beli lagi dari pemborong di masa depan)
Begini juga saya ajar peserta Kursus Memborong di China untuk membeli
barangan di China. Mereka tidak mungkin mendapat semua barangan yang terbaik
untuk dijual pada kali yang pertama. Anda perlu uji barangan yang diborong dan
tengok pada hasilnya, barulah buat pilihan 20% barangan yang terbaik. Kemudian ulang
kaedah ini berkali-kali sehingga barangan yang anda jual, hanyalah barangan
yang menguntungkan.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk memilih pekerja yang
efisien, menguruskan masa dan dalam pelbagai bidang lain.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
ReplyDeleteTerima kasih, Busarakham.