(Bila orang bisnes berbicara- Ditulis oleh Faizul Ridzuan)
Hari ni kat FB wall saya, nampak ramai yang menyumpah dan
komplen kerana harga minyak naik.
Rasa agak aneh bila membaca komplen2
sedangkan ramai orang yang komplen ni:
1. Tak pula komplen bila bayar kopi RM10 ke atas
2. Tak pula komplen bila lunch atau dinner hari-hari lebih
RM20
3. Tak pula komplen bila tukar smart-fon 4-angka setiap 6-12
bulan, walhal smart-fon lama masih boleh diguna pakai.
4. Tak pulak komplen bila beli kereta/MPV/moto yang bayaran
bulanan 4-angka ke-atas. Satu rumah boleh siap ada beberapa bijik kereta lagi.
5. Tak pula komplen bila setiap bulan shopping beli pakaian
baru.
6. Tak pula komplen bila rokok giler mahal but hari-hari mau
isap jugak.
7. Tak pula komplen bila bayar astro + internet lebih RM250
sebulan.
8. Tak pula komplen bila habis beribu tiap tahun untuk bercuti.
Pelik kan?
Sebenarnya, saya sendiri rasa macam nak komplen jugak, but
bila pikirkan yang banyak benda kat atas ni saya dah selalu buat, segan pulak
saya nak komplen. Saya sendiri yang nak pakai motor and kereta yang elok, yang
makan minyak lebih. Kawan2 saya yang naik moto atau kancil tak heran pun harga
minyak naik RM0.20 sbb diorang tak pakai minyak banyak.
Jadi, saya tak layak nak komplen ni sebab saya sendiri yang
nak pakai yang kereta / motor ada lebih dari 1. Saya boleh pakai Kancil, MyVi
atau skuter(yang jimat minyaknya), tapi saya sendiri yang nak pakai kereta dan
motor yang elok. Saya bukan org berada sangat pun tapi kalau saya start komplen
pasal minyak naik RM0.20, itu tanda saya sebenarnya tak mampu nak pakai
kenderaan yang saya beli tu........
So bila difikirkan, baik saya diam-diam dan usaha lebih
sikit. Saya komplen banyak2 pun bukan dapat pahala atau duit. Lagipun saya
takut rezeki sempit kalau komplen byk-byk. Yang penting saya usaha, rezeki tu
kententuan dari Allah S.W.T.
In fact saya tak mampu nak pakai kereta sehinggalah saya dah
beli rumah yang ke-13 ketika umur 28 tahun. Naik moto je sebelum tu. Cepat dan
murah. Alhamdulillah rezeki saya murah dalam pelaburan hartanah, jadi kereta
dan minyak saya sekarang semuanya "free" sebab penyewa tolong
bayarkan.
Kesimpulanya, saya bukan nak suruh anda semua menyokong
kenaikan harga minyak. Cuma nak galakkan kita lebihkan usaha, dan kurangkan
pengaduan. Saya minta maaf awal-awal kalau perkongsian ini menyinggung mana2
pihak, terutama mereka yang memakai kereta mahal-mahal tetapi masih komplen
minyak naik RM0.20.
********
SAMBUNGAN
SEBAB HARGA MINYAK NAIK, FAIZUL RIDZUAN CUBA BERLAGAK DAN
RIAK?
Semalam, saya buat posting mengenai kenaikan harga minyak
dan mereka yang komplen. Ada yang suka, ada yang mengata. Ada segelintir saya
kata saya riak, bodoh, pentingkan diri sendiri, saya ni kroni la dan macam
macam lagi. Saya bagi contoh sendiri di mana saya sengaja tak beli kereta
sehingga rumah saya dah beli lebih dari 10, dan saya dituduh cuba riak dan takbur.
Saya nak berterima kasih kepada yang komen secara elok
walaupun anda marah atau tak suka dgn pendapat saya. Seperti yang saya dah
jelaskan dalam post saya, ini adalah pendapat dan saranan saya kepada org yang
mampu buat satu daripada 8 perkara di atas. Kalau anda tak buat satu pun dari
perkara di atas dan masih kena teruk impak kenaikan harga minyak, saya mmg
sangat bersimpati dgn anda.......
Tapi saya rasa hairan ialah banyak rumah skrg minimum ada 2
kereta. Kita komplen harga kereta mahal dan harga minyak mahal di Malaysia
tetapi tiap tiap tahun makin ramai org beli kereta baru. Jem semakin lama
semakin teruk. Saya sampai skrg masih menggunakan motor terutamanya kalau hari
bekerja, sebab tak tahan nak sangkut dalam jem. Cepat dan murah. Saya buat
PILIHAN untuk naik motor.
Saya tak pernah nafikan disebabkan kenaikan harga minyak ni,
byk benda lain yang akan naik harga barang tetapi itu adalah keputusan peniaga
yang buat bisnes, bukan saya ataupun kerajaan. Pada pendapat saya peniaga tiada
alasan untuk menaikkan harga barang kali ini but saya personally kalau nampak
peniaga yang naikkan harga sbb melampau, saya akan boikot. Itu hak saya sebagai
pengguna dan ini perkara yang saya boleh dan mampu kawal.
Saya tak boleh kawal apa kerajaan nak buat, atau harga apa peniaga
nak letak, tapi saya boleh kawal di mana saya nk belanja duit saya. Saya boleh
kawal dimana saya nak laburkan duit saya. Jadi saya lebih suka fokus kepada
benda yang saya boleh dan mampu nak kawal. Anda pun ada pilihan. Anda boleh
baca post ni dan pilih apa anda nak buat seterusnya :
1. Komplen sepanjang hari, dan teruskan tuduh saya riak atau
cuba berlagak. Dan teruskan buat benda yang sama macam anda dah buat selama
ini. Dan bila kerajaan buang lagi subsidi tahun depan anda boleh ulang lagi
process ini walaupun anda tahu komplen ni tak berkesan dan ia tak mampu nak
ubah hidup anda.
2. Ambil iktibar, dan mula belajar cara nak melabur dan
tambahkan pendapatan & simpanan. Fokus kepada perkara yang kita boleh nak
kawal, terutamanya bahagian perbelanjaan dan pelaburan. Gunakan asset pelaburan
kita untuk jana pendapatan supaya kita boleh dapat kereta dan duit minyak
PERCUMA. Ubah nasib sendiri supaya bila kerajaan kurangkan subsidi minyak
nanti, kita sikit pun tak heran sbb pendapatan kita dah bertambah jauh lebih
banyak dari harga minyak atau barang baru. Pendek kata, guna asset untuk bagi
kita liabiliti secara percuma.
Saya doakan anda buat pilihan yang terbaik untuk diri anda
dan keluarga anda sendiri ^^
Peace ^^
*****
FAIZUL RIDZUAN ORANG KAYA YANG TAK PERNAH SUSAH? MINYAK
RM0.20 dan GAJI GRADUATE RM2500 SEBULAN TAK CUKUP? :
Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan
kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita
ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang
benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak
memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah
hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang
terakhir berkenaan dengan subjek ni.
- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama
setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang
simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup
kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk
makan.
- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan.
Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak
carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di
carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada
umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut
sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni
adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.
- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain
lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit
belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan
ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi
apa hak saya nak merungut?
- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah
tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend,
PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk
rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.
- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast
food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai
hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org
lain.
- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya
dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya
sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim
kalau tak percaya.
- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana
tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber
pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di
uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks
sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan
saya pergi dan balik bekerja.
- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la
tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik
kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam.
Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak
bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.
- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi
alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan.
Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu
belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada
lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan
mlm atau sarapan untuk esok.
- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua
dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh
pakai bertahun-tahun.
- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600
sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri
sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.
- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka
masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika
itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya
putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh
berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada
basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah
saya survive dan belajar sgt byk.
- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank.
Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji
RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah
pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan
RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta
(gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan
- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat.
Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet),
carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak
sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.
- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua
dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business.
Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka
berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak
bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada
3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak
kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.
- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan
5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup
RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment,
parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang
elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli
kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi
saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu
untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.
- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu
bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri
adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya
bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut
dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi
orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan?
Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup
sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah
saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak
buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.
Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita
boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak
atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash
macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih
baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan
Allah nak bagi.
Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang
senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.
No comments:
Post a Comment