Tuesday, October 28, 2014

Johor Mu tunggu Aku datang

Aku pernah buat seisi bertemu peminat secara tidak rasmi, iaitu ‘melencong’ dan jual buku secara terus kepada pembaca siap tanda tangan,aku pernah buat di Terengganu, Melaka, Johor, KL, Lengkawi, Penang, Shah Alam, Camaron Higland, dan Negeri Sembilan.

Tempat lain tu bukan aku tak pergi, tapi pergi sambil tak bawak buku lah tu, atau aku perasan sibuk tak sempat nak jumpa orang.

Kali ni aku akan ke Johor selama 3 hari, dari 31 Oct hingga 3 Nov, lokasi aku adalah sekitar, UTM, Gelang Patah, Legoland, dan Pulau Spring.

Kepada mereka yang rasa ‘dah tiba masanya’ nak beli buku terus dari aku, boleh PM atau email no phone, nama korang, dan tajuk buku. Jika masih ada stok buku kat tangan pada waktu lapang di tarikh berkenaan, maka aku sendiri akan call korang untuk kita jumpa, Insya-Allah.

Mengambil gambar aku adalah dilarang, so macam mana nak kenal aku, carilah jejaka gemok, dahi jendol, gigi jongang, banyak parut jerawat dan perut buncit. Woha!


Johor, Mu tunggu keretamayat datang! 

Sunday, October 19, 2014

Cara Nak Beli...

(Template untuk copy paste bila pembeli tanya di wall FB)

****

Cara nak beli Power Bank,

sila Bayar RM100 kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah.
Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai.(lebih baik isi sebenarnya) 

*****

Cara nak beli Lampu Penyu, 

sila Bayar RM50 (semenanjung) kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah.
Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai.(lebih baik isi sebenarnya)
****

Cara nak beli Buku,

Bayaran untuk satu buku = RM30 SM, RM35 SS
Bayaran untuk dua buku = RM60 SM, RM65 SS
Bayaran untuk tiga buku = RM85 SM, RM90 SS
Harga di atas termasuk kos pos

sila Bayar kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah.

Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai. InsyaAllah. (lebih baik isi sebenarnya)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke


Thursday, October 16, 2014

Apa beza instant & GIRO interbank fund transfer?

Gambar aku bercakap dengan Harimau Maybank- woha!

Maybank said:


“instant transfer adalah pindahan secara "real time" dan caj yang dikenakan ialah RM2. interbank giro adalah pindahan yang sekiranya dilakukan sebelum jam 12 tengah hari, kemasukan ke dalam akaun adalah pada hari yang sama. sekiranya pindahan dibuat selepas jam 12, kemasukan adalah pada keesokkan hari.”


Tuesday, October 14, 2014

Mencari Kedai Jual Buku Hamka Keretamayat.

Insya-Allah...

Selangor
  • I Am Lejen Shop, No.12G, Jalan SS15/8B, 47500, Subang Jaya Selangor.
  • MPH BOOKSTORES SUBANG PARADE G 26A(1),G26B-C&G26D(1), Ground Floor, Subang Parade, No 5, Jalan SS16/1, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya.
  • MPH BOOKSTORES GIANT STADIUM SHAH ALAM Lot A22-A24, Giant Hypermarket Stadium Shah Alam, Lot 2, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
  • MPH MEGASTORE, 1 UTAMA F319 & S319, 1st & 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, No 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
  • MPH THE CURVE Lot 147A, 1st Floor, The Curve, No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya.
  • MPH BOOKSTORES SHAH ALAM CITY CENTRE Lot 1F-07 & 1F-08, 1st Floor, SACC Mall, Precinct 1.1 & Precinct 1.2, Jln Perbadanan 14/9, Seksyen 14 40000 Shah Alam.
  • MPH SETIA CITY MALL LG-41 Setia City Mall No 7 Persiaran Setia Dagang Bandar Setia Alam Seksyen U13 40170 Shah Alam Selangor.
  • MPH Bangi Gateway. Lot 1-13, 1st Floor Block A, Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi.
    BORDERS THE CURVE. Lot G16, G16A-C & 114A-D, Ground & 1st Floor, The Curve No.6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya.
  • BORDERS IOI CITY Mall, Puchong.
  • BORDERS TROPICANA CITY MALL. Lot L1-39,46,47 1st Floor Tropicana City Mall No 3 Jalan SS 20/27, 47100 Petaling Jaya. 100, HULU LANGAT, SELANGGOR.
  • UYA, Seksyen 15 Bangi (Atas 7 Eleven).
  • Great Books @ Downtown Mines. 9 malam – 2 pagi. 0122966946.
  • HOMEBOIS HUB, NO.22-1F, JLN BOLING PADANG, F13/F SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR.
Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Kinokuniya Bookstore. Lot 406-408 & 429-430 Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
  • KEDAI BUKU 1 MALAYSIA UTC K. Lot AM-15, Tingkat Mezzanine, Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
  • KEDAI BUKU 1 MALAYSIA WISMA ITBM. No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju.
  • MPH BOOKSTORES ALAMANDA PUTRAJAYA LG22-23, Lower Ground Floor, Alamanda Putrajaya Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1, 62000 Putrajaya.
  • MPH BOOKSTORES ALPHA ANGLE F 11-12, 1st Floor, Alpha Angle Shopping Centre, Jalan R1, Section 1, Bandar Baru Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
  • MPH BOOKSTORES MID VALLEY Lot LG-058, Lower Ground Floor, Mid Valley City 59200 Kuala Lumpur.
  • MPH BOOKSTORES TAMAN MALURI F1 & F2, 1st Floor, Aeon Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.
  • MPH Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Lot No: L3-5, Terminal Bersepadu Selatan, Jalan Terminal Selatan, Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur.
  • MPH GREAT EASTERN MALL, LOT 5 & 6, LEVEL 1, GREAT EASTERN MALL, NO. 303, JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR.
  • MPH PUBLIKA, LOT NO PART 7B, PART 8B AND 9 LEVEL G2, PUBLIKA SOLARIS, DUTAMAS, JALAN DUTAMAS 1, 50480 KUALA LUMPUR.
  • MPH BOOKSTORES NU SENTRAL MALL, LOT 13 & 14, 2nd FLOOR, NU SENTRAL MALL, JALAN TUN SAMBANTHAN, KL SENTRAL.
  • MPH BOOKSTORES @KLIA2, L3-2 LEVEL 3, TERMINAL KLIA 2, JALAN KLIA 2/1, 64000 KLIA, SEPANG
  • BORDERS THE GARDENS MALL. Lot T-216-B, 3rd Floor The Gardens Mall, Mid Valley City Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.
  • BORDERS BERJAYA TIMES SQUARE. No. LG – 11, 12 & 13, Lower Ground Floor,Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
  • BORDERS BANGSAR VILLAGE II. No. 2F – 36, 37 & 38, 2nd Floor, Bangsar Village II, No. 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. http://www.borders.com.my/html/our_stores.aspx Tel: 032288 1812
  • BORDERS 1 MONT KIARA. Unit L2 – 01, 1 Mont Kiara, 1 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
  • FIXIGASM, B-11-9 Pangsapuri Berembang Indah, Jalan Nipah, 55000, Kuala Lumpur. EMAIL: fixigasm@gmail.com TEL: 0177124844 Instagram@@fixigasm
  • Projek Buku (Kuala Lumpur), Setiawangsa, Wangsa Maju, Setapak dan seluruh Kuala Lumpur. TEL: 013-7194717
Johor
  • Artjakulasi. No. 54, Jalan Durian 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang. Telefon: 0132644184
    Facebook: http://www.facebook.com/BukuJalananPG atau twitter @BukuJalananPG
  • MPH BOOKSTORES TAMAN UNIVERSITI UG18, Upper Ground Floor, Aeon Taman Universiti Shopping Centre, Jalan Pendidikan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.
  • MPH BOOKSTORES JOHOR BAHRU CITY SQUARE Lot J3-10, 11, 12, Level 3, Johor Bahru City Square, 106-108 Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor.
  • MPH BOOKSTORES AEROMALL Lot E6, Public Concourse, Aeromall Sultan Ismail International Airport 81250 Johor Bahru, Johor.
  • FULANOSI. No 18, Jalan Hang Tuah 3, Taman Skudai Baru, 81300 Johor Bahru. Tel: 017 – 799 3299
  • Warongway (Safiee B Mesnan), POS 80, Parit Nipah, Parit Jawa, 84150 Muar, Johor. Tel No: 01-79251709
  • Projek Buku (Johor Bahru), Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai dan sekitar. TEL: 0177525245
Pahang
  • Kedai Buku 1Malaysia Kuantan No.40 & 42, Tingkat bawah, Jalan Putra Square 6, Putra Square, Kuantan. Emel: yatimah@kb1m.com.my Tel: 012-2625731.
  • THE LODGE,  A173-2, Pusat Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail, 25200 Kuantan.
  • TitianUnggul Makanan sunnah, Blok C, aras tanah, Kompleks Dagangan Mahkota, sektor 2, Bandar Indera Mahkota. (013-7551178)
  • Down Town Mara depan Kipsas. ( 8 malam sehingga 12 malam) -0148103553.( Abang salmizan)
Terengganu
  • Kedai Buku 1 Malaysia Gong Badak (berhadapan UNISZA)
  • Bintang RTM Terenggangu, Puan Rodiey. 011-29244409.
Sarawak
  • MPH BOOKSTORES THE SPRING Lot 114, 1st Floor, The Spring Shopping Mall, Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching, Sarawak.
  • UNIMAS Kota Samarahan. Sila hubungi twitter @AkhimullahM
Kedah
  • I LOVE NOVEL JITRA di Lot G 18, Tingkat Bawah Kompleks Jitra Mall, Jalan Ibrahim, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
  • I LOVE NOVEL CHANGLUN di Kompleks Changlun.
  • MPH BOOKSTORES TESCO SUNGAI PETANI Lot 1, Tesco Sungai Petani, No. 300, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani.
  • MPH Amanjaya Lot 21, 1st Floor, Amanjaya Mall, Jalan Jati 1, Sungai Petani, 08000 Kedah.
  • KEDAI BUKU 1 MALAYSIA UTC KEDAH, Alor Setar
Perlis
  • I LOVE NOVEL ARAU di Kompleks Arau / CMart Arau. No.
Perak
  • KEDAI BUKU 1MALAYSIA UTC PERAK. UTC Perak, Off Jalan Dato’ Onn Jaafar, Ipoh.
  • Khizanat, No. 57A, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak
  • MPH BOOKSTORES KINTA CITY F 28 & F 29, 1st Floor, Kinta City Shopping Centre, No 2, Jalan Teh Lean Swee, Off Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 34100 Ipoh.
Pulau Pinang
  • BORDERS QUEENSBAY MALL. Lot 1F 93 & 93A, 1st Floor, Queensbay Mall No.100, Persiaran Bayan Indah 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • MPH BOOKSTORES GURNEY PLAZA. 170-03-53A/55,3rd Floor, Gurney Plaza, Gurney Drive.
Melaka
  • MPH BOOKSTORES MAHKOTA PARADE G73B, Ground Floor, Mahkota Parade, No1, Jalan Merdeka, 75000 Melaka.
  • MPH MYDIN MITC Lot F-03, Mydin Wholesale Hypermarket, No. 12, Mydin Mall MITC, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka.
Negeri Sembilan
  • MPH Aeon SEREMBAN 2 F29, 1st Floor, Aeon Seremban 2 Shopping Centre, No. 112, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
  • MPH Giant Senawang Lot A1-A5, Giant Hypermarket Senawang, Lot 1571, Jalan Senawang, 70450 Seremban
  • MPH BOOKSTORES PALM MALL SEREMBAN, LOT 32, 33 & 34, LEVEL 2 KEMAYAN SQUARE, JALAN SUNGAI UJONG.



Thursday, October 9, 2014

Pesan Jackie Chan

I never wanted to be the next Bruce Lee.

I just wanted to be the first Jackie Chan.

KOMPLEN HARGA MINYAK NAIK?

(Bila orang bisnes berbicara- Ditulis oleh Faizul Ridzuan)


Hari ni kat FB wall saya, nampak ramai yang menyumpah dan komplen kerana harga minyak naik. 

Rasa agak aneh bila membaca komplen2 sedangkan ramai orang yang komplen ni:
1. Tak pula komplen bila bayar kopi RM10 ke atas

2. Tak pula komplen bila lunch atau dinner hari-hari lebih RM20

3. Tak pula komplen bila tukar smart-fon 4-angka setiap 6-12 bulan, walhal smart-fon lama masih boleh diguna pakai.
4. Tak pulak komplen bila beli kereta/MPV/moto yang bayaran bulanan 4-angka ke-atas. Satu rumah boleh siap ada beberapa bijik kereta lagi.

5. Tak pula komplen bila setiap bulan shopping beli pakaian baru.

6. Tak pula komplen bila rokok giler mahal but hari-hari mau isap jugak.

7. Tak pula komplen bila bayar astro + internet lebih RM250 sebulan.

8. Tak pula komplen bila habis beribu tiap tahun untuk bercuti.

Pelik kan?

Sebenarnya, saya sendiri rasa macam nak komplen jugak, but bila pikirkan yang banyak benda kat atas ni saya dah selalu buat, segan pulak saya nak komplen. Saya sendiri yang nak pakai motor and kereta yang elok, yang makan minyak lebih. Kawan2 saya yang naik moto atau kancil tak heran pun harga minyak naik RM0.20 sbb diorang tak pakai minyak banyak.

Jadi, saya tak layak nak komplen ni sebab saya sendiri yang nak pakai yang kereta / motor ada lebih dari 1. Saya boleh pakai Kancil, MyVi atau skuter(yang jimat minyaknya), tapi saya sendiri yang nak pakai kereta dan motor yang elok. Saya bukan org berada sangat pun tapi kalau saya start komplen pasal minyak naik RM0.20, itu tanda saya sebenarnya tak mampu nak pakai kenderaan yang saya beli tu........

So bila difikirkan, baik saya diam-diam dan usaha lebih sikit. Saya komplen banyak2 pun bukan dapat pahala atau duit. Lagipun saya takut rezeki sempit kalau komplen byk-byk. Yang penting saya usaha, rezeki tu kententuan dari Allah S.W.T.

In fact saya tak mampu nak pakai kereta sehinggalah saya dah beli rumah yang ke-13 ketika umur 28 tahun. Naik moto je sebelum tu. Cepat dan murah. Alhamdulillah rezeki saya murah dalam pelaburan hartanah, jadi kereta dan minyak saya sekarang semuanya "free" sebab penyewa tolong bayarkan.

Kesimpulanya, saya bukan nak suruh anda semua menyokong kenaikan harga minyak. Cuma nak galakkan kita lebihkan usaha, dan kurangkan pengaduan. Saya minta maaf awal-awal kalau perkongsian ini menyinggung mana2 pihak, terutama mereka yang memakai kereta mahal-mahal tetapi masih komplen minyak naik RM0.20.


********

SAMBUNGAN
SEBAB HARGA MINYAK NAIK, FAIZUL RIDZUAN CUBA BERLAGAK DAN RIAK?

Semalam, saya buat posting mengenai kenaikan harga minyak dan mereka yang komplen. Ada yang suka, ada yang mengata. Ada segelintir saya kata saya riak, bodoh, pentingkan diri sendiri, saya ni kroni la dan macam macam lagi. Saya bagi contoh sendiri di mana saya sengaja tak beli kereta sehingga rumah saya dah beli lebih dari 10, dan saya dituduh cuba riak dan takbur.

Saya nak berterima kasih kepada yang komen secara elok walaupun anda marah atau tak suka dgn pendapat saya. Seperti yang saya dah jelaskan dalam post saya, ini adalah pendapat dan saranan saya kepada org yang mampu buat satu daripada 8 perkara di atas. Kalau anda tak buat satu pun dari perkara di atas dan masih kena teruk impak kenaikan harga minyak, saya mmg sangat bersimpati dgn anda.......

Tapi saya rasa hairan ialah banyak rumah skrg minimum ada 2 kereta. Kita komplen harga kereta mahal dan harga minyak mahal di Malaysia tetapi tiap tiap tahun makin ramai org beli kereta baru. Jem semakin lama semakin teruk. Saya sampai skrg masih menggunakan motor terutamanya kalau hari bekerja, sebab tak tahan nak sangkut dalam jem. Cepat dan murah. Saya buat PILIHAN untuk naik motor.

Saya tak pernah nafikan disebabkan kenaikan harga minyak ni, byk benda lain yang akan naik harga barang tetapi itu adalah keputusan peniaga yang buat bisnes, bukan saya ataupun kerajaan. Pada pendapat saya peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang kali ini but saya personally kalau nampak peniaga yang naikkan harga sbb melampau, saya akan boikot. Itu hak saya sebagai pengguna dan ini perkara yang saya boleh dan mampu kawal.

Saya tak boleh kawal apa kerajaan nak buat, atau harga apa peniaga nak letak, tapi saya boleh kawal di mana saya nk belanja duit saya. Saya boleh kawal dimana saya nak laburkan duit saya. Jadi saya lebih suka fokus kepada benda yang saya boleh dan mampu nak kawal. Anda pun ada pilihan. Anda boleh baca post ni dan pilih apa anda nak buat seterusnya :

1. Komplen sepanjang hari, dan teruskan tuduh saya riak atau cuba berlagak. Dan teruskan buat benda yang sama macam anda dah buat selama ini. Dan bila kerajaan buang lagi subsidi tahun depan anda boleh ulang lagi process ini walaupun anda tahu komplen ni tak berkesan dan ia tak mampu nak ubah hidup anda.

2. Ambil iktibar, dan mula belajar cara nak melabur dan tambahkan pendapatan & simpanan. Fokus kepada perkara yang kita boleh nak kawal, terutamanya bahagian perbelanjaan dan pelaburan. Gunakan asset pelaburan kita untuk jana pendapatan supaya kita boleh dapat kereta dan duit minyak PERCUMA. Ubah nasib sendiri supaya bila kerajaan kurangkan subsidi minyak nanti, kita sikit pun tak heran sbb pendapatan kita dah bertambah jauh lebih banyak dari harga minyak atau barang baru. Pendek kata, guna asset untuk bagi kita liabiliti secara percuma.
Saya doakan anda buat pilihan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda sendiri ^^

Peace ^^

*****
FAIZUL RIDZUAN ORANG KAYA YANG TAK PERNAH SUSAH? MINYAK RM0.20 dan GAJI GRADUATE RM2500 SEBULAN TAK CUKUP? :

Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan.

- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.

- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?

- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain.

- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.

- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok.

- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk.

- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan

- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.

- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.

- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.

Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.
Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.




Wednesday, October 8, 2014

Donald Trump said:



  • Dream big – What you dream is what you will do.
  • Pride yourself for your ability to come out with creative solutions to tough problems.
  • Find your passion and love what you do.
  • Never take no for an answer.
  • Hire the best people, but do not trust them.
  • Get even with people who do you wrong.
  • Know that passion conquers fear.
  • Focus on the solution and not on the problem.
  • Learn from your mistakes and do not let them take you down.
  • The world does not owe you anything, everything needs to be deserved.
  • Be open to new information and new ideas.
  • Be willing to face new challenges.
  • Always think positive and expect the best.
  • Avoid negative thinking.
  • Everyone wants to kill the fastest gun.
  • Get some respect and do not give a damn if people like you.
  • Know your stuff and you will command instant respect.
  • Only hire people with positive attitudes and get rid of the bad apples fast.
  • Value loyalty above everythig else.
  • Never forgive a crook.
  • Set high standard for people and expect they will fulfill them.
  • If someone damages your reputation, take revenge that your enemy will never forget.
  • Forgive good people, but never forgive someone who is bad.
  • When somebody screws you, screw them back in spades.
  • When somebody challenges you, fight back. Be brutal, be tough. Just go get them and they will never think about cheating on you again.
  • If somone accepts that he/she has made a mistake and apologizes, forgive that person but never trust this person again.
  • Never give up!
  • Remember that there is never an easy way to success.
  • Always take your work seriously.
  • Always focus on what you enjoy doing even if you have to face some complications.
  • Thinking big has led to human kind of all the great achievements.
  • Focus on the top and you will get there.
  • It is easier to do thing on the large scale.
  • Always think of yourself as someone important.
  • Speak out like a big thinker.
  • Hang out with other big thinkers.

Monday, October 6, 2014

I LUV Novel

Terkini di I Luv Novel Jitra. Korang boleh dapatkan buku-buku kisah Laki BINI di seluruh cawangan I Luv Novel. 


Playlist

Sekadar gambar hiasan
Make a new music playlist every month. “In college, more than ever before, songs will attach themselves to memories,” says Jones. You should make a new mix CD or mp3 folder just to document whatever phase of life you are currently in. “Ten years out, they’ll be as effective as a journal in taking you back to your favorite moments.”
Another great piece of advice is to take a lot of pictures. They’ll be fun to hold onto and look at in years to come. —Daniel Wetterstrom

Wednesday, October 1, 2014

Ajen Buku Keretamayat

Orang kuantan, jika mahu beli buku kisah laki bini oleh Hamka keretamayat, boleh call no ini: 0148103553.( Abang salmizan)

Orang terengganu pula, boleh call Bintang RTM terenggangu, Puan Rodiey. 011-29244409.

negeri lain, cuba cari di 


Toko buku MPH
Toko buku Kinokuniya
Toko buku Borders
Kedai buku I Love Novel
Kedai buku 1Malaysia
Kedai buku SMO
Kedai buku I Am Lejen Shop
Projek Buku
Artjukulasi
Warongway

atau jika tak jumpa jugak, beli on line, klik gambar buku dekat side bar sebelah