Tuesday, July 8, 2014

EMBEDDED SYSTEM


Berita baik buat pelajar diploma, degree, master atau Phd yang pening kepala dengan Projek tahun akhir korang yang melibatkan Embedded system. Ketahuilah, ada nasihat pakar di luar sana dengan kos yang tidaklah mahal sangat dan sudi membantu.

“jarang ada orang melayu macam mereka”

Itu yang aku boleh katakan dengan 2 pemuda utama yang meneraju bisnes ini, pengalaman mereka yang meluas dalam bidang Embedded System terutamanya yang melibatkan penggunaan microprocessor dan microcontroller seperti Motorola, Arduino, Atmel dan PIC. Bidang kawalan automasi pun boleh tahan handal  terutamanya yang berasaskan PLC. 

Menambahkan lagi riak, mereka juga mempunyai ilmu yang melibatkan pembangunan Graphical User Interface yang semestinya diperlukan untuk memudahkan pengguna mengawal sistem kawalan menggunakan komputer.

Electronics Training Kit

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka walaupun agak angkuh bunyinya adalah berkemampuan membangunkan projek - projek berteknologi tinggi yang menggunakan bahasa yang tiada dalam lirik lagu KRU, kerana mereka gunakan bahasa pengaturcaraan seperti bahasa assembly, C, C++ dan ladder diagram. (faham tak ni?)

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan khidmat latihan dan kursus yang berkaitan dengan teknologi di atas sesuai dengan citarasa dan kehendak para pelanggan. Kos yang mereka cas pun tidaklah mahal sangat.
E Angklung
Sebagai kredit, mereka pernah dapat anugerah untuk projek ‘E Angklung’ di peringkat CITREX 2012 (Gold Award), ITEX 2012 (Silver Award) danTaiwan International Invention Exhibition 2012 (Gold Award).

Untuk mendapatkan khidmat mereka , sila email ke alamat ini: melirus@gmail.com atau call 013-7201153

Atau layari laman blog: http://afrentech.blogspot.com/ untuk mendapatakan nota secara percuma berkaitan programming system.


Ps: jangan lupa bagitahu Hamka keretamayat yang rekemenkan korang pada mereka. Adohai..

No comments:

Post a Comment