Sunday, August 3, 2014

UBAT (Ulasan Buku)



Buku ini di tulis oleh orang muda, dan aku andaikan buku ini ditujukan kepada orang muda kerana buku ini memilih tema MOTIVASI.

Masalah buku bertemakan MOTIVASI adalah sama macam masalah yang dialami oleh peserta Raja lawak, yang mana Lawak yang sangat lawak, jika diulang beberapa kali akan menjadi tidak lawak lagi. Sama juga motivasi yang penuh semangat jika diulang-ulang akan menjadi bosan.

Ada beberapa cara untuk selamatkan MOTIVASI bosan yang kerap diulang, salah satunya adalah melalui cerita pengalaman sendiri yang unik dan ada unsur kreatif walaupun dengan merujuk nasihat Motivasi yang sama tapi dengan cara ini, InsyaAllah pembaca akan lebih mudah hadam dan terkesan.

Untuk itu, aku berpendapat kisah kisah peribadi penulis dalam buku ini sangat membantu MOTIVASI yang sudah kerapa diulang oleh pakar motivasi tanah air sedia ada lantas mampu mencapai moral story yang ada keunikan tersendiri.

Di hujung setiap artikel pula yang ditutup dengan kata kata ahli falsafah terkenal termasuk diri penulis juga sangat membantu dalam menjadikan buku ini lebih RARE.

Pujian aku berikan kepada semangat yang ada pada penulis muda ini kerana mampu menerbitkan buku sendiri, sebab ramai orang bercakap nak buat produk tapi hanya menjadi produk air luir sahaja. Terutama apabila karya mereka direject penerbit dan terus berputus asa, tapi tidak bagi saudara Sofuan Saadon.

Tahniah!

Akhir kata:

Buku ini sangat sesuai untuk remaja khususnya dan orang muda amnya kerana ditulis oleh orang muda yang masih baru meninggalkan zaman remaja. Namun tidak salah untuk semua peringkat umur membacanya kerana kita di galakkan membaca minda orang lain dengan banyakkan membaca. Orang yang banyak membaca minda orang lain insya-Allah akan menjadi orang yang lebih berjaya, ni termasuk kata kata motivasi nih, Woha!



Untuk beli, sila rujuk Laman web penulis ; http://ubatsofuan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment