Salam semua,
Saya dapati yang kisah saya yang diterbitkan di surat-kabar
Malay Mail semalam mendapat sambutan yang sangat positif yang berjaya mendapat
lebih 200 SHARE kurang daripada 24 jam. Jadi untuk kawan-kawan yang lebih
selesa membaca dalam BM, saya tranlasikan artikel ini dan saya tambahkan
pandangan saya kerana saya fikir mungkin ramai yang boleh dapat manfaat melalui
perkongsian saya.
Saya ringkaskan pengenalan saya kepada point berikut :
1. Bermula melabur dari tahun 2005 ketika berumur 24 tahun
dengan bermodalkan duit sendiri RM2,000 untuk pembelian rumah pertama. Sudah
membeli lebih daripada 40 hartanah sehinnga tahun 2014.
2. Sebab ramai rakan online yang mahu baca perkongsian saya,
saya telah menulis buku - WTF? 23 Hartanah Sebelum 30 – yang menghuraikan
secara terperinci pengalaman saya dalam pelaburan hartanah.
Perkongsian perjalanan saya dari seorang yang hanya
makan-gaji ke pelabur hartanah:
• Latar belakang saya biasa sahaja. Ibu saya adalah penjawat
kerajaan yang mengambil pencen awal, dan ayah saya seorang yang melakukan
pelbagai kerja dan perniagaan sebelum menetap untuk mengusahakan perkhidmatan
cuci kereta. Saya mmg berminat dengan dunia perniagaan, tetapi sebab tiada
modal saya mula melabur dahulu. Dan selepas membuat banyak research, saya
dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya kerana risikonya dan
keperluan modalnya yang kecil. Impian kita mungkin masih jauh, tapi tak
semestinya kita kena tunggu dah banyak duit baru nak bermula. Kita bermula
gunakan apa yang kita ada, secepat yang boleh.
• Orang tak berwang perlu lebih kreatif. Saya tidak datang
dari keluraga yang senang atau berada.Ketika saya bermula, saya hanya mempunyai
RM2,000.00 di dalam bank. Saya meminjam selebihnya melalui pinjaman kreatif.
Sebagai contoh pada masa itu, rakan saya perlu membeli sebuah laptop, dan pada
masa itu saya baru sahaja memiliki kad kredit. Peluang saya nampak waktu itu
adalah saya boleh beli laptop itu dengan skim pembayaran ansuran selama 12-24
bulan, tanpa faedah. Saya fikir saya boleh ambil duit cash dari rakan saya dan
simpan dlm bank dulu., dan saya bayar ansuran bulanan perlahan-lahan. Saya
ulangi process yang sama dan selepas 4 bulan saya berjaya mengumpul lebih dari
RM20,000.00 untuk digunakan untuk pelaburan menggunakan kaedah ini.
• Bagi saya, saya jenis yang konservatif dalam pelaburan.
Ramai orang beranggapan saya seorang yang suka ambil risiko yang tinggi
disebabkan saya beli banyak hartanah. Realitinya, saya cuba melabur dengan
mengunakan modal plg minimum yang boleh saya buat. Ada banyak hartanah yang
saya beli tanpa mengeluarkan satu sen. Strategi saya ringkas sahaja- iaitu
membeli hartanah yang berharga dibawah pasaran, dan sewa harus melebihi bayaran
ansuran bulanan.
• Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut
harga hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan
pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00… saya mampu hidup. Saya beli rumah
pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang bergaji lebih dari
RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen mereka tinggi dan tiada
simpana. Cuba kita perhatikan kereta, telefon bimbit dan pakaian mereka dan
tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh menyimpan. Ia kembali kepada
keutamaan. Ramai belia hari nni saya tgk tak kisah berbelanja RM10 untuk beli
kopi berjenama, dan belanja RM30 setiap kali makan di luar.
• Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia
sekarang buat, adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan,
tapi ia bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan/keinginan. Saya sendiri
beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12., dan saya beli kereta
terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru termurah di pasaran
(Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00 sebulan kerana ansuran
kereta, duit minyak petrol, toll, dan penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar
ansuran bulanan tetapi lupa kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan.
Kereta, adalah beban liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya.
• Banyak golongan muda mengikat/mengaitkan kebahagiaan
kepada pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda
menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda, dan bukan
wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini atau fon baru, atau
anda mahu lebih berharta/berduit.
• Tujuan saya menulis buku, bukan sebab nak jadi kaya. Saya
lakukan atas minat nak berkongsi ilmu dan pengalamn saya yang tak sebanyak mana
dan buat sedikit pendapatan pasif. Untung jualan buku bukan banyak mana, hanya
RM4 untuk setiap buku. Saya fikir saya akan cukup gembira kalau saya dapat
menjual 1,000 naskah, itu akan membuat saya. Saya cukup terkejut apabila saya
diberitahu bahawa jualan buku saya melebihi jualan buku bekas Pendana Menteri
negara kita. Sebgai penulis baru, mmg saya terkejut tapi saya bersyukur sebab
ini rezeki saya yang Allah S.W.T nak beri.
• Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada
pelabur hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama
kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat. Harga
hartanah di seluruh dunia dlm jangka masa panjang mmg sentiasa akan naik
walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena ini dah berlaku semenjak
200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut mungkin lebih suka melabur dalam besi
buruk ( kereta, modify kereta, jam tangan, dan handphone).
• Baru-baru ini, kami melancarkan portal hartanah pertama
yang mesra-Bumiputera, di‘carirumah.com.my’. Kami kongsikan pelbagai maklumat
berkaitan hartanah kepada pembeli hartanah. Ia merupakan portal pertama yang
dilakukan secara dwi-bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris dan kami
mulainya kerana tiada siapa pun yang menawarkannya. Kami nak rapatkan jurang
ilmu untuk pelabur yang kurang faham membaca dalam bahasa Inggeris.
• Nasihat akhir saya untuk golongan belia yang mahu memiliki
atau membeli hartanah :
o Untuk melabur dalam bidang hartanah, kena buat persediaan
terutamanya dari segi ilmu. Saya sendiri belajar 2 tahun sebelum beli rumah
pertama. Ketika saya mula melabur, tiada program yang saya mampu pergi keraa
semua program harganya lebih RM3,000.00 untuk hadir ke seminar-seminar
pelaburan hartanah. Sekarang anda ada banyak alternatif yang murah keana ada
banyak program yang harganya tak sampai RM100. Dalam seminar dua-hari yang saya
terlibat lalu, kami hanya mengenakan bayaran RM90 seorang, jadi kini anda
mempunyai banyak pilihan hari ini.
o Kedua, anda juga perlu menjauhkan diri dari mentaliti yang
mengharapkan kerajaan memberikan rumah murah dan mampu milik. Ada banyak
alternatif di luar sana, anda kena belajar utk buka mata. Saya masih boleh cari
apartment 3 bilik di Damansara pada harga tak sampai RM200,000 hari ini sebab
saya ada ilmu untuk tgk.
o Kereta – Jika anda mmg perlu sgt beli kereta, beli kereta
2nd hand semurah yang boleh dan beli kereta tunai / cash. Jadikan kereta anda
sebagai aset, bukan sebagai beban,
Saya doakan anda lebih celik-wang dan berjaya pada masa
kelak ^^
- Faizul Ridzuan (FR)
No comments:
Post a Comment