sumber: https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.7/posts/899492780101225
.
Pada tahun 2005 apabila saya membeli hartanah pertama saya, orang kata saya terlalu muda (24 tahun) untuk membeli rumah. Mereka berkata harga hartanah condo di Kelana Jaya tak pernah naik. Mereka suruh saya beli kereta dulu. Saya tak peduli dan beli jugak kondo itu.
(Hari ini, harga condo ini telah meningkat hampir 300%. Kalau saya beli kereta 70k time tu saya mungkin boleh jual kereta itu harga RM7k sahaja hari ni)
.
.
Pada tahun 2006, saya nak beli studio servis apartment unit di kawasan Pudu. Org cakap membeli unit studio di sebuah bangunan terbiar adalah bodoh dan ada yang mengatakan tempat yang saya nak beli tu adalah kawasan yang merupakan sarang pelacuran. Ada pakar yang jgn beli servis apartment sbb maintenance mahal. Saya tak peduli dan beli jugak.
(Studio ini beri saya pulangan 40% setahun berdasarkan nilai sewaan, dan saya jual tahun 2011 dgn keuntungan hampir RM200,000)
.
.
Pada tahun 2007 saya nak beli studio di kawasan Masjid India. Developer studio ini saya gelarkan sebagai M ni mmg kurang bagus workmanship'nya. Kondo di sebelah bangunan ni penuh dgn warga asing yang berus gigi di swimming pool. Kawasan dipanggil Masjid India dan kelas rendah, orang lain komen saya bodoh sbb bayar RM500psf utk studio ini. Saya tak peduli dan beli jugak.
(Harga Hari ini hampir 1000psf, hasil sewaan lebih dari pada 30% pulangan setahun.)
.
.
Saya kahwin tahun 2008. Pada tahun 2008 orang berkata krisis ekonomi akan datang, dan harga hartanah akan turun. Kali ini saya beli lagi 2 unit dalam bangunan M yang teruk tu pulak.
(Harga Hari ini hampir 1000psf, hasil sewaan lebih dari pada 30% setahun.)
.
.
Pada tahun 2009 terdapat kemelesetan ekonomi berskala global. Amerika dan Europe terus pincang dan gawat. Banyak "pakar" yang bijak pandai yang mengatakan ramai yang akan kehilangan pekerjaan dan harga hartanah pasti merundum. Saya pulak? Macam biasa saya ni org degil bodoh dan tak reti nak dgr cakap. Saya beli 6 rumah tahun itu.
(Majority yang saya beli tahun 2009 ni beri pulangan sewa lebih 30% dan ada yang capai kenaikan harga lebih 250%)
.
.
Tahun 2010 harga hartanah masih tak nak turun. Banyak pakar yang cakap, tahun ni mesti jatuh, sebab harga hartanah dah terlampau tinggi. Saya pekakkan telinga dan terus beli 6 lagi rumah.
(Saya dah jual 2, dan 4 rumah lagi saya sewakan. Pulangan sewa lebih 30% dan ada yang capai kenaikan harga lebih 200%)
.
.
Pada tahun 2011 gov diperkenalkan 70% LTV kerana pasaran hartanah terlalu panas. Ramai yang mula sedar harga hartanah sikit pun tak turun jadi mereka terus membeli. Saya mula risau bila tengok dan cuba perlahankan pembelian saya tahun dan hanya membeli hartanah 4 tahun itu.
.
.
Juga pada tahun 2011, saya buat percubaan mengajar hartanah pertama saya dan terdapat beberapa hamba-Allahyang mengulas bahawa saya tak patut mengajar orang bagaimana untuk melabur dalam hartanah kerana saya tidak berkelayakan dan saya terlalu muda.
.
.
Pada tahun 2012, harga hartanah naik lagi. Saya jual sebijik dan beli 2 hartanh termasuklah hartanah di Mont Kiara. Ramai yang komen harga hartanah di Mont Kiara akan runtuh sebab oversupply. Macam biasa saya buat pekak dan terus beli. Saya jual hartanah di Bandar Kinrara pada RM420psf dan beli hartanah di M.Kiara pada harga Rm370psf. Hari ini unit yang saya beli menjadi rumah kediaman saya sekeluarga dan saya diberitahu harga telah meningkat hampir 50% dalam tak sampai 3 tahun.
.
Ini juga tahun saya melancarkan buku saya. Apabila saya meminta beberapa sahabat untuk membaca buku saya, mereka mempunyai ulasan bercampur-campur, ada yang positif, ada yang negatif. Ada yang cakap tiada siapa yang akan baca buku saya. Penerbit saya memberitahu saya saya boleh dianggap bernasib baik jika saya dapat menjual 1,000 naskhah. Saya menjual lebih 6000 naskhah pada tahun 2012 dan buku yang mendapat ke dalam senarai "Best-Seller" hampir setiap minggu selama 1 tahun.
.
Selepas melancarkan buku saya, saya dijemput bercakap dalam satu event hartanah. Bila saya naik pentas, ada rakan yang berbicara dlm bahasa kantonis memerli "Mengapa budak Melayu ini bercakap di atas pentas dan apa yang dia tahu pasal hartanah??"
.
Pada tahun 2013, ramai orang bercakap tentang gelembung hartanah ataupun property bubble. Mereka juga komplen yang bertapa sukarnya melabur dalam hartanah. Saya mula senyum dan tahun itu saya beli lebih dari 10 hartanah. Saya beli banyak sbb saya tahu ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai pekerja dan lepas saya berhenti akan lebih susah untuk saya melabur dalam hartanah.
.
Saya mulakan Sarjana Hartanah tahun itu dengan tujuan untuk berkongsi ilmu saya dalam pelaburan hartanah. Sehingga skrg,saya dah mengajar lebih daripada 500 orang pelajar. Alhamdulillah sambutan sgt menggalakkan dan Sarjana Hartanah yang saya buat baru-baru-ini sold out seminggu sebelum event ini bermula.
.
Saya berhenti kerja dalam September dan banyak rakan-rakan saya fikir ia adalah langkah yang berisiko tinggi kerana gaji saya bukannya kecil. Saya percaya rezeki itu akan datang dari Allah SWT kalau saya terus berusaha. Tambahan pula, saya ada cashflow yang baik dari hartanah yang saya beli semenjak dari tahun 2005.
.
Tahun ini juga saya buka FAR Capital Sdn Bhd, syarikat konsultancy hartanah pertama di Malaysia yang menjaga kepentingan pembeli. Saya pernah cerita idea ni kepada ramai kawan, dan majority memberitahu saya yang org takkan bayar saya untuk dapatkan nasihat. Saya berpendapat kalau saya boleh bagi nasihat yang org tak boleh dapat dari tempat lain, saya akan survive. Bukan semua akan bayar tetapi akan ada yang akan gembira membayar saya bila saya buat modal asal mereka RM100,000 jadi RM3 Juta selepas 10 tahun.
(Bulan Feb 2015 merupakan bulan terbaik dalam sejarah FAR CApital. Kalau apa kita buat boleh menambah baikkan kehidupan orang lain, InSha Allah customer takkan putus. smile emoticon )
.
.
Pada tahun 2014, saya menjadi seorang usahawan sepenuh masa. Hanya membeli hartanah 1 tahun kerana saya perlu memberi tumpuan kepada FAR Capital. Dan saya mendengar orang mengatakan gelembung hartanah sudah bermula. Saya senyum lagi.
.
.
Dalam tahun 2015, kami telah melancarkan TheMakeOverGuys, sebuah syarikat yang mengkhususkan kerja-kerja pengubahsuaian dan sewa bagi pelabur. Kita tahu bahawa akan ada banyak spekulator yang membeli hartanah untuk flip hartanah di 2011/2012 akan terperangkap tahun ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan ilmu sebagai pelabur. Matlamat kami adalah memberikan renovasi yang mampu-milik dan boleh berikan ROI/sewaan yang tinggi.
.
Dan tahun 2015, saya mendengar ramai lagi pakar2 yang mengatakan bahawa ekonomi dan pasaran hartanah akan crash. Saya senyum besar.
.
.
.
.
MORAL DARI KISAH SAYA
.
Setiap kali kita nak buat sesuatu yang baru, akan ada ramai yang akan cakap benda ni tak mungkin boleh berjaya dan macam-macam alasan negatif. Pekakkan telinga dan buat saja. Kalau anda dah buat penyelidikan sehabis baik, kena yakin dgn diri sendiri.
.
Cari ilmu sebelum buat apa-pun. Saya belajar 2 tahun sebelum beli rumah pertama. Saya belajar eslok belok bisnes dan buat bisnes secara sambilan selama 3 tahun sebelum berani nak berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa. Pergi kursus motivasi bisnes memang tak sama macam dah buat bisnes sendiri. Saya kenal orang yang berbelanja puluhan ribu untuk pergi kursus motivasi bisnes lepas tu berhenti kerja. Bisnes dah gagal, skrg cari kerja 9-5 balik.
.
Bukan semua pakar/cikgu tu akan tahu semua benda. Sepanjang saya melabur dalam hartanah, ada ramai pakar dan penulis buku yang cakap jgn beli apartment berservis, dan melabur dalam apartment/kondo sebab tak boleh buat duit. Saya hormat cikgu-cikgu saya dan pendapat mereka, tapi tak bermaksud saya kena ikut membabi buta. Mereka pun manusia dan boleh buat silap. Hormat guru, tetapi jgn taksub dan fikir mereka tak boleh salah atau buat silap. Mereka dan kita cuma manusia.
.
Akan ada orang yang hidup seolah-olah tujuan hidupnya untuk melemahkan dan mengkritik impian kita dan memberitahu anda 1000 sebab-sebab mengapa anda akan gagal. Diorang ni sebenarnya takut kalau kita berjaya, kita mungkin buat diorang nampak kurang cerdik. Jadi, kita kena pekakkan telinga dan buat saja.
.
Akan sentiasa ada makluk-bodoh yang rasis kerana bapa mereka tidak mampu/terlupa untuk membeli kondom. Pedulikan dan mereka ni tak layak dapat walau seminit pun dari masa anda.
.
Kalau anda nak berjalan jauh, kita takkan sampai ke destinasi kalau kita asyik nak berenti dan layan anjing yang menyalak. Abaikan mereka, dan memberi tumpuan dalam perjalanan anda. Kita takkan jumpa singa yang berhenti berjalan sebab nak layan salakan anjing. A lion shouldnt loose sleep over the opinion of a sheep.
.
Atau dalam kata-kata Elon Musk (pengasas TESLA, SPACE-X) ---> "FUCK THAT, WE ARE GOING TO MAKE IT HAPPEN"!

copy pase dari FB Faizulridzuan