Novel Semusim Di
Syurga boleh dikategorikan sebagai sebuah naskhah dakwah Islamik yang dikupas
menerusi gaya penulisan yang bersahaja.
Menggunakan
konsep catatan diari untuk mengembangkan plot cerita, Hamka Kereta Mayat paidai
memilih gaya penulisan yang berbentuk diskusi bagi menghasilkan sebuah cerita
yang mudah untuk difahami.
Lebih
menarik,tulisan diari yang dicatat menjurus ke arah kehidupan sebagai seorang
individu beragama Islam. Penulis tidak memulakan perkiraan catatan diarinya
pada bulan Januari tetapi memilih 1 Muharam dan berakhir pada 30 Zulhijah
bertepatan dengan pengiraan kalendar hijrah.
Pemilihan
kalendar tersebut dilihat lebih tersusun kerana penceritaan dan latar masa
novel ini akan berkembang mengikut perayaan dan sambutan besar dalam sejarah Islam.
Novel ini merupakan himpunan catatan diari seorang
lelaki yang bekerja sebagai pemandu kereta mayat bernama Hamka. Dia tinggal di
sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh pelbagai lapisan umat islam .Di situ,
surau menjadi lokasi penduduk berkumpul dan berdiskusi.
Hamka akan mencatat setiap perkara yang dibincangkan
dan suasana di surau itu dalam diarinya. Perbincangan bersama jemaah surau
tidak hanya tertumpu kepada masaalah agama Islam tetapi turut meliputi
aspek-aspek kehidupan, politik tanah air dan adab-adab sebagai seorang manusia
yang hidup di bumi Allah.
Penulis juga
menyuntik unsur humor untuk menjadikan penulisannya tidak terlalu serius. Watak
Hamka itu sendiri dicipta sebagai seorang
yang bersahaja dan gemar bergurau tetapi apabila berbincang mengenai isu
Islam, Hamka akan menjadi seorang yang tegas dalam memberi pendapat.
Pembaca pastinya
terleka membaca setiap diskusi dan
maklumat yang disampaikan dalam novel ini. Perbualan Hamka dengan Pak Imam
Habib Abib, Pak cik Sidik Tasdik, Pak cik Abu Nisfu dan beberapa jemaah surau
lain pastinya membuatkan pembaca tersenyum sendirian.
Dalam novel ini,
watak Hamka digambarkan sebagai seorang yang pandai berkata-kata. Setiap ayat
yang dititipkan daripada bibirnya akan membuatkan pembaca berfikir tentang isu
yang dibicangkan.
Jika diamati penulisannya,
ucapan Hamka dalam novel ini sebenarnya merupakan teguran bagi seluruh umat
Islam kerana setiap watak menggambarkan keadaan masyarakat di Negara ini.(copy/paste)
info yang sgt menarik dibaca
ReplyDeletezakat perniagaan
kiraan zakat pendapatan
daftar syarikat sdn bhd
daftar sdn bhd