Tuesday, August 12, 2014

Beli belah sampai malam di kuantan!

Orang Kuantan!

Buku Aku, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Kamar Sutera, dan Semusim Di Syurga, ada di booth no1:
datanglah beramai ramai ke:

DONTOWN MARA KUANTAN, depan masjid Kipsas,
KM 6, JALAN KUANTAN – GAMBANG,
25150 KUANTAN,
PAHANG.

Setiap malam kedai tu tutup jam 1 pagi. Harga RM25 sebijik

jika takut stok habis bila sampai, boleh call si penjual untuk confrim:


Pak cik Mijje: 0148103553.

Ps: Disana juga ada menjual, baju, kasut, tudung dan pelbagai lagi barangan yang serba ada.

Sunday, August 3, 2014

UBAT (Ulasan Buku)



Buku ini di tulis oleh orang muda, dan aku andaikan buku ini ditujukan kepada orang muda kerana buku ini memilih tema MOTIVASI.

Masalah buku bertemakan MOTIVASI adalah sama macam masalah yang dialami oleh peserta Raja lawak, yang mana Lawak yang sangat lawak, jika diulang beberapa kali akan menjadi tidak lawak lagi. Sama juga motivasi yang penuh semangat jika diulang-ulang akan menjadi bosan.

Ada beberapa cara untuk selamatkan MOTIVASI bosan yang kerap diulang, salah satunya adalah melalui cerita pengalaman sendiri yang unik dan ada unsur kreatif walaupun dengan merujuk nasihat Motivasi yang sama tapi dengan cara ini, InsyaAllah pembaca akan lebih mudah hadam dan terkesan.

Untuk itu, aku berpendapat kisah kisah peribadi penulis dalam buku ini sangat membantu MOTIVASI yang sudah kerapa diulang oleh pakar motivasi tanah air sedia ada lantas mampu mencapai moral story yang ada keunikan tersendiri.

Di hujung setiap artikel pula yang ditutup dengan kata kata ahli falsafah terkenal termasuk diri penulis juga sangat membantu dalam menjadikan buku ini lebih RARE.

Pujian aku berikan kepada semangat yang ada pada penulis muda ini kerana mampu menerbitkan buku sendiri, sebab ramai orang bercakap nak buat produk tapi hanya menjadi produk air luir sahaja. Terutama apabila karya mereka direject penerbit dan terus berputus asa, tapi tidak bagi saudara Sofuan Saadon.

Tahniah!

Akhir kata:

Buku ini sangat sesuai untuk remaja khususnya dan orang muda amnya kerana ditulis oleh orang muda yang masih baru meninggalkan zaman remaja. Namun tidak salah untuk semua peringkat umur membacanya kerana kita di galakkan membaca minda orang lain dengan banyakkan membaca. Orang yang banyak membaca minda orang lain insya-Allah akan menjadi orang yang lebih berjaya, ni termasuk kata kata motivasi nih, Woha!



Untuk beli, sila rujuk Laman web penulis ; http://ubatsofuan.blogspot.com/

Tuesday, July 8, 2014

EMBEDDED SYSTEM


Berita baik buat pelajar diploma, degree, master atau Phd yang pening kepala dengan Projek tahun akhir korang yang melibatkan Embedded system. Ketahuilah, ada nasihat pakar di luar sana dengan kos yang tidaklah mahal sangat dan sudi membantu.

“jarang ada orang melayu macam mereka”

Itu yang aku boleh katakan dengan 2 pemuda utama yang meneraju bisnes ini, pengalaman mereka yang meluas dalam bidang Embedded System terutamanya yang melibatkan penggunaan microprocessor dan microcontroller seperti Motorola, Arduino, Atmel dan PIC. Bidang kawalan automasi pun boleh tahan handal  terutamanya yang berasaskan PLC. 

Menambahkan lagi riak, mereka juga mempunyai ilmu yang melibatkan pembangunan Graphical User Interface yang semestinya diperlukan untuk memudahkan pengguna mengawal sistem kawalan menggunakan komputer.

Electronics Training Kit

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka walaupun agak angkuh bunyinya adalah berkemampuan membangunkan projek - projek berteknologi tinggi yang menggunakan bahasa yang tiada dalam lirik lagu KRU, kerana mereka gunakan bahasa pengaturcaraan seperti bahasa assembly, C, C++ dan ladder diagram. (faham tak ni?)

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan khidmat latihan dan kursus yang berkaitan dengan teknologi di atas sesuai dengan citarasa dan kehendak para pelanggan. Kos yang mereka cas pun tidaklah mahal sangat.
E Angklung
Sebagai kredit, mereka pernah dapat anugerah untuk projek ‘E Angklung’ di peringkat CITREX 2012 (Gold Award), ITEX 2012 (Silver Award) danTaiwan International Invention Exhibition 2012 (Gold Award).

Untuk mendapatkan khidmat mereka , sila email ke alamat ini: melirus@gmail.com atau call 013-7201153

Atau layari laman blog: http://afrentech.blogspot.com/ untuk mendapatakan nota secara percuma berkaitan programming system.


Ps: jangan lupa bagitahu Hamka keretamayat yang rekemenkan korang pada mereka. Adohai..

Thursday, July 3, 2014

Selamat datang ke Kedai Hamka

Sekadar gambar hiasan
Aku sudi menulis atau mempromosi produk korang kat sini, bolehlah korang bagi link dengan gah pada pelanggan dengan ayat:

"Hamka keretamayat pun tau pasal produk ni- woha!"

Dah tentu aku kenakan bayaran, buat permulaan ni, aku ambik RM 50 ke RM 100 untuk satu ulasan, atau produk percuma atau apa-apa hadiah yang korang rasa sesuai, adohai..

Jika produk korang tak bermutu atau bertentangan dengan agama, memang aku reject, produk alat sex, MLM, placebo effect, dan produk kesihatan aku rejct jugak, agak agak lah bro jika nak jual barang.

Selamat berniaga!

:)

Ps: aku juga akan kongsi nota perniagaan di sini. Majulah ekonomi dikalangan umat islam. Insya-Allah