Showing posts with label Ulasan Produk. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Produk. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Kamar Sutera: ULASAN dari KOSMO



Novel  Semusim Di Syurga boleh dikategorikan sebagai sebuah naskhah dakwah Islamik yang dikupas menerusi gaya penulisan yang bersahaja.

     Menggunakan konsep catatan diari untuk mengembangkan plot cerita, Hamka Kereta Mayat paidai memilih gaya penulisan yang berbentuk diskusi bagi menghasilkan sebuah cerita yang mudah untuk difahami.

     Lebih menarik,tulisan diari yang dicatat menjurus ke arah kehidupan sebagai seorang individu beragama Islam. Penulis tidak memulakan perkiraan catatan diarinya pada bulan Januari tetapi memilih 1 Muharam dan berakhir pada 30 Zulhijah bertepatan dengan pengiraan kalendar hijrah.

     Pemilihan kalendar tersebut dilihat lebih tersusun kerana penceritaan dan latar masa novel ini akan berkembang mengikut perayaan dan sambutan besar dalam  sejarah Islam.

     Novel  ini merupakan himpunan catatan diari seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kereta mayat bernama Hamka. Dia tinggal di sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh pelbagai lapisan umat islam .Di situ, surau menjadi lokasi penduduk berkumpul dan berdiskusi.

      Hamka akan mencatat setiap perkara yang dibincangkan dan suasana di surau itu dalam diarinya. Perbincangan bersama jemaah surau tidak hanya tertumpu kepada masaalah agama Islam tetapi turut meliputi aspek-aspek kehidupan, politik tanah air dan adab-adab sebagai seorang manusia yang hidup di bumi Allah.

      Penulis juga menyuntik unsur humor untuk menjadikan penulisannya tidak terlalu serius. Watak 
Hamka itu sendiri dicipta sebagai seorang  yang bersahaja dan gemar bergurau tetapi apabila berbincang mengenai isu Islam, Hamka akan menjadi seorang yang tegas dalam memberi pendapat.

      Pembaca pastinya terleka membaca setiap diskusi  dan maklumat yang disampaikan dalam novel ini. Perbualan Hamka dengan Pak Imam Habib Abib, Pak cik Sidik Tasdik, Pak cik Abu Nisfu dan beberapa jemaah surau lain pastinya membuatkan pembaca tersenyum sendirian.

      Dalam novel ini, watak Hamka digambarkan sebagai seorang yang pandai berkata-kata. Setiap ayat yang dititipkan daripada bibirnya akan membuatkan pembaca berfikir tentang isu yang dibicangkan.


      Jika diamati penulisannya, ucapan Hamka dalam novel ini sebenarnya merupakan teguran bagi seluruh umat Islam kerana setiap watak menggambarkan keadaan masyarakat di Negara ini.(copy/paste)

Friday, September 19, 2014

Powerbank Pineng ORIGINAL 20 RIBU Mah

Spesifikasi produk.

¤ Model PN999.
¤ 20,000 Mah
¤ Berat lebih kurang 600 gram. (bateri besar mestilah berat)
¤ Putih, Silver, Gold.
¤ 100% ORIGINAL (pada kotaknya ada sticker emas yang boleh digores, dalamnya ada serial number yang boleh diperiksa dalam laman web PINENG untuk mengesahkan ianya ORIGINAL dari kilang Pineng).
¤ Warranty SETAHUN (simpan kotaknya sebagai Warranty).
¤ Harga rasmi dari laman web Pineng Malaysia RM125.
¤ Harga saya survey di kedai-kedai gajet: RM109- RM140.

Harga?

¤Harga saya RM90 SAHAJA. (tidak termasuk pos)
¤RM10 harga pos untuk semenanjung.
¤Total RM100.
¤Tiada penghantaran ke Sabah Sarawak kerana bateri adalah BARANG LARANGAN untuk memasuki pesawat. (Bahan mudah meletup). Kepada pelanggan Sabah Sarawak, anda boleh poskan ke alamat rakan/saudara anda di semenanjung jika mahu.

Cara membeli:

PM mesej di FB Hamka Keretamayat, lepas tu bagi bukti bayaran, alamat dan no phone, juga warna powerbank.

Lepas tu habiskan bateri smartphone dan tunggu powerbank sampai di hadapan rumah anda 1-3 hari bekerja (tidak termasuk cuti umum).

Kenapa membeli dengan saya?

¤Saya jual barang original dan money back guarantee sekiranya barang tidak original.
¤Powerbank ini bukan powerbank murahan yang dijual longgok secara murah kerana itu barang cetak rompak yang akan merosakkan handphone anda.
¤Saya tidak menggunakan akaun fb palsu dan saya dikenali ramai sebagai seorang manusia asli di dunia luar, bukan robot atau auto reply atau hackers atau scammers.
¤Saya juga menentang keras para pemakan duit haram dan penipu bisnes online yang berlambak-lambak di internet sekarang ni dan berusaha untuk wujudkan suasana niaga online yang dipercayai, sihat sejahtera, servis terbaik seperti di negara luar seperti Eropah, Korea, Jepun dan lain-lain yang mana rakyat mereka sangat gemar bershopping secara online.

Note: Bagi yang tak mahu powerbank 20 ribu Mah power, saya juga ada powerbank Pineng 10 ribu Mah model PN968 (pilihan warna oren atau kelabu) dan PN913 (hitam sahaja).Harga RM75 termasuk pos.

Sunday, August 3, 2014

UBAT (Ulasan Buku)



Buku ini di tulis oleh orang muda, dan aku andaikan buku ini ditujukan kepada orang muda kerana buku ini memilih tema MOTIVASI.

Masalah buku bertemakan MOTIVASI adalah sama macam masalah yang dialami oleh peserta Raja lawak, yang mana Lawak yang sangat lawak, jika diulang beberapa kali akan menjadi tidak lawak lagi. Sama juga motivasi yang penuh semangat jika diulang-ulang akan menjadi bosan.

Ada beberapa cara untuk selamatkan MOTIVASI bosan yang kerap diulang, salah satunya adalah melalui cerita pengalaman sendiri yang unik dan ada unsur kreatif walaupun dengan merujuk nasihat Motivasi yang sama tapi dengan cara ini, InsyaAllah pembaca akan lebih mudah hadam dan terkesan.

Untuk itu, aku berpendapat kisah kisah peribadi penulis dalam buku ini sangat membantu MOTIVASI yang sudah kerapa diulang oleh pakar motivasi tanah air sedia ada lantas mampu mencapai moral story yang ada keunikan tersendiri.

Di hujung setiap artikel pula yang ditutup dengan kata kata ahli falsafah terkenal termasuk diri penulis juga sangat membantu dalam menjadikan buku ini lebih RARE.

Pujian aku berikan kepada semangat yang ada pada penulis muda ini kerana mampu menerbitkan buku sendiri, sebab ramai orang bercakap nak buat produk tapi hanya menjadi produk air luir sahaja. Terutama apabila karya mereka direject penerbit dan terus berputus asa, tapi tidak bagi saudara Sofuan Saadon.

Tahniah!

Akhir kata:

Buku ini sangat sesuai untuk remaja khususnya dan orang muda amnya kerana ditulis oleh orang muda yang masih baru meninggalkan zaman remaja. Namun tidak salah untuk semua peringkat umur membacanya kerana kita di galakkan membaca minda orang lain dengan banyakkan membaca. Orang yang banyak membaca minda orang lain insya-Allah akan menjadi orang yang lebih berjaya, ni termasuk kata kata motivasi nih, Woha!



Untuk beli, sila rujuk Laman web penulis ; http://ubatsofuan.blogspot.com/

Tuesday, July 8, 2014

EMBEDDED SYSTEM


Berita baik buat pelajar diploma, degree, master atau Phd yang pening kepala dengan Projek tahun akhir korang yang melibatkan Embedded system. Ketahuilah, ada nasihat pakar di luar sana dengan kos yang tidaklah mahal sangat dan sudi membantu.

“jarang ada orang melayu macam mereka”

Itu yang aku boleh katakan dengan 2 pemuda utama yang meneraju bisnes ini, pengalaman mereka yang meluas dalam bidang Embedded System terutamanya yang melibatkan penggunaan microprocessor dan microcontroller seperti Motorola, Arduino, Atmel dan PIC. Bidang kawalan automasi pun boleh tahan handal  terutamanya yang berasaskan PLC. 

Menambahkan lagi riak, mereka juga mempunyai ilmu yang melibatkan pembangunan Graphical User Interface yang semestinya diperlukan untuk memudahkan pengguna mengawal sistem kawalan menggunakan komputer.

Electronics Training Kit

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka walaupun agak angkuh bunyinya adalah berkemampuan membangunkan projek - projek berteknologi tinggi yang menggunakan bahasa yang tiada dalam lirik lagu KRU, kerana mereka gunakan bahasa pengaturcaraan seperti bahasa assembly, C, C++ dan ladder diagram. (faham tak ni?)

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan khidmat latihan dan kursus yang berkaitan dengan teknologi di atas sesuai dengan citarasa dan kehendak para pelanggan. Kos yang mereka cas pun tidaklah mahal sangat.
E Angklung
Sebagai kredit, mereka pernah dapat anugerah untuk projek ‘E Angklung’ di peringkat CITREX 2012 (Gold Award), ITEX 2012 (Silver Award) danTaiwan International Invention Exhibition 2012 (Gold Award).

Untuk mendapatkan khidmat mereka , sila email ke alamat ini: melirus@gmail.com atau call 013-7201153

Atau layari laman blog: http://afrentech.blogspot.com/ untuk mendapatakan nota secara percuma berkaitan programming system.


Ps: jangan lupa bagitahu Hamka keretamayat yang rekemenkan korang pada mereka. Adohai..